Free Club Music Player








Get Your Own Scroller




Monday, August 18, 2008

AUKU: Punca Segala Masalah Mahasiswa 2
www.iluvislam.com
oleh:afdhal87

Buletin utama jam8 25 Mac yang lalu di TV3 telah mengemuka kan topik : AUKU wajarkah di mansuhkan! setuju atau tidak? untuk dipilih oleh penontonnya. Akhir sesi buletin, seperti biasa di siar kan keputusan undian atau pilihan penonton dan JELAS apa yang muktamad ialah tertera keputusannya: 91% SETUJU AUKU di MANSUH kan !

oo

Kelahiran Akta universiti dan kolej universiti (AUKU) pada tahun 1971 dan diperketatkan lagi dengan pindaan pada tahun 1975 dikatakan berpunca dari kebimbangan pihak berkuasa terhadap kegiatan mahasiswa terkeluar dari garis-garis dan landasan yang dikehendaki oleh pemerintah yakni kerajaan.

Perkembangan-perkembangan yang berlaku sebelum akta tersebut diadakan pada tahun 1971 jelas menunjukkan pemerintah mulai merasa bimbang terhaap tindak-tanduk sesetengah pihak yang ingin menjaikan kampus universiti mengikut cita-cita perjuangan politik mereka. Malah setelah akta dilaksanakan pada ahun 1971 pun, kegiatan mahasiswa masih sperti biasa dan kadangkalanya semkain hebat.

Saya sejak awal lagi telah menegaskan pendirian saya bahawa auku amat wajar di mansuhkan justeru ia bagaikan penjara besi yang memagari mahasiswa selama ini. anta sedar atau tidak...

Auku telah membendung jiwa besar mahasiswa
Auku telah meluntur semangat waja mahasiswa
Auku telah memenjarakan bakat tinggi masiswa
Auku telah memandulkan daya intelektual mahasiswa

ii

Auku menjadi igauan ngeri sejak sekian lama kepada mahasiswa apabila mereka tidak lagi gah setara potensi ilmu yang dimiliki. Kita hanya mampu berlegar di dalam kepungan empat penjuru tembok besar pagar universiti. Angkara auku, suara mahasiswa tidak lagi bergema dalam rintihan rakyat tertindas untuk membela nasib mereka. Malah kami juga turut tertindas dengan pelbagai konspirasi kerajaan dan kuasa universiti. Ilmu, daya fikir, semangat dan keperibadian yang kita bina di puncak menara gading tidak lagi mewakili masyarakat untuk diperjuang hak dan dipertahankan maruah mereka.

Auku menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan mustakbirin menindas mustadhafin. Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara.

Bagaimana dengan kita dan hari akan datang ? BERSAMBUNG...
(sempena gelombang pilihan raya kampus 2008/2009 di universiti-universiti seluruh Malaysia)

oo

1 comment:

Nazmie Samarahan said...

Assalamulaikum..msg ini daripada saudara mu sesama Islam.. Terpulang jika nak tolak..apa yang hendak disampaikan ini perintah Allah..Bukan perintah manusia.. Saya selaku orang yang mencadangkan anda sbgai NYDP mengharapkan anda agar cuba sedaya upaya untuk tidak menumpangkan mana-mana perempuan pada motosikal anda..saya tidak nampak apa sebb dari segi syar'i yang membolehkan... Tidak perlulah persoalkan kenapa orag lain boleh..kenapa tidak saya.. Kerana Allah hendakan teguran ini sampai pada anda..

Get your free legal music downloads Blog